Badal Haji 2018 Updates

Assalamualaikum Wr. Wb.

Semoga anda sekeluarga sihat serta dilindungi Allah s.w.t. Amin.

Alhamdulillah, hampir kesemua Jemaah Haji sudah selamat pulang ke tanah air masing-masing. Semoga mereka semua mendapat Haji yang Mabrur. Amin.

.

Amanah Badal Haji Anda Telah Terlaksana

Begitu juga dengan kesemua 268 pegawai Badal Haji kami yang terlibat dalam ibadah tersebut pada haji tahun ini. Syukur pada Allah s.w.t yang telah membantu dalam urusan kami sepanjang musim haji. Segala amanah Badal Haji telah pun dilaksanakan.

.

Gambar-Gambar Badal Haji

Sebahagian gambar-gambar telah pun kami muat naik di Facebook kami. Sila rujuk di https://www.facebook.com/darulhidayah.sg/

Oleh kerana suasana di Makkah ketika haji agak sibut serta dialami rebut taufan, maka tak semua gambar sempat dirakam demi memastikan keselamatan dan kewajian ibadah haji jalan seperti yang dirancang. Sila rujuk senarai penuh nama-nama Badal Haji bagi tahun 2018 di lelaman www.BadalHaji.sg

.

Sijil & Cenderahati

Seperti yang telah dimaklumkan semasa pendaftaran dan juga tertera dalam resit, bahawa sijil dan cenderahati hanya akan mula diagihkan pada bulan awal Disember. Insya Allah, pegawai kami akan hubungi anda pada bulan November untuk memaklumkan tarikh pengambilan atau tarikh penghantaran bergantung pada pakej yang dipilih.

Proses penghantaran barangan cenderahati ke Singapura hanya dilakukan setelah kesesakan di Makkah berkurangan iaitu setelah hampir separuh jemaah haji merata dunia pulang ke tanah air.

Sebahagian cenderahati sudah pun tiba di Singapura.  Sila rujuk di lelaman https://sp.com.sa/en/Electronic/Pages/TrackShipment.aspx

Kemudian masukkan Tracking Number seperti di bawah.

EJ000413585SA, EJ000413599SA, EJ000413608SA, EJ000413611SA, EJ000409458SA, EJ000413656SA, EJ000413660SA, EJ000413625SA

Sebahagian lagi cenderahati seperti Air Zamzam masih lagi sedang dinantikan.

.

Akhir Kata
Marilah kita bersama berdoa agar usaha kita yang ikhlas ini dalam melaksanakan ibadah haji untuk arwah yang tersayang diterima Allah s.w.t, diberikan Haji Mabrur serta menepatkan mereka di Syurga bersama orang-orang Soleh/Solehah. Amin Ya Allah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, boleh berhubung dengan kami melalui email admin@badalhaji.sg atau di talian 90230044 / 82985485.

Sekian. Terima kasih.

W’salam.

SENARAI BADAL HAJI 2018 (FULL)_Page_1

SENARAI BADAL HAJI 2018 (FULL)_Page_2SENARAI BADAL HAJI 2018 (FULL)_Page_3SENARAI BADAL HAJI 2018 (FULL)_Page_4Sekiranya berminat untuk melaksanakan Badal Haji 2019, sila ke https://badalhaji.sg/singapore-2019/