Assalamualaikum Wr. Wb.
Semoga anda sekeluarga sihat serta dalam lindungan Allah s.w.t. Amin ya Rabb.
Kami baru sahaja mendapat laporan dari Saudi mengenai perlaksanaan Badal Haji di sana.
Daripada 74 pegawai kami yang telah ditugaskan untuk melaksanakan Amanah bagi ibadah Badal Haji tahun ini, hanya 56 sahaja yang berjaya menyempurnakan segala perlaksanaan Badal Haji tersebut.
18 orang pegawai kami berada dalam bas yang sama tidak sempat sampai ke Arafah pada waktu Wukuf, 27 Jun 2023. Perkara ini berlaku disebabkan kesesakan jalan raya yang berlaku di mana sekitar 4 juta Jemaah Haji menuju ke sana untuk melakukan Rukun Haji tersebut pada waktu yang sama.
Walau pun 18 pegawai kami tersebut sudah melakukan Rukun Haji pertama, iaitu melakukan niat haji serta berihram haji, terpaksa membatalkan niat haji tersebut kerana tidak sempat tiba ke padang Arafah pada waktu Wukuf, iaitu pada zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum subuh pada 10 Zulhijjah. Ratusan orang juga terjejas ibadah Haji mereka disebabkan kesesakan tersebut.
Walaupun segala kos perbelanjaan telah kami keluarkan untuk urusan tersebut dan segala perancangan yang dibuat, kami akui kami hanya mampu berusaha sahaja, dan Allah jugalah yang menentukan segalanya. Kami yakin pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Walaubagaimana pun, kami tetap memulangkan jumlah penuh (refund) bagi pembayaran anda. Hanya kami harapkan doa anda di masa-masa sukar ini serta sokongan anda di masa akan datang.
Sekiranya anda mengambil pakej Badal Haji $3000 (iaitu termasuk Wakaf, Korban, Sedekah), hanya ibadah korban telah dilaksanakan. Kami akan ambil $197 sahaja untuk ibadah korban tersebut. Gambar dan sijil korban akan diberikan kelak.
DUA PILIHAN:
1) Anda boleh pilih refund.
2) Anda boleh pilih untuk dilaksanakan pada tahun hadapan 2024.
Kami telah menghantar email kepada mereka yang terjejas dengan perkara ini.
Sila reply email tersebut dengan pilihan anda.
Proses refund boleh dilakukan bermula hari Isnin ini 3 Julai 2023.
Kami akan hantarkan borang refund secara email untuk diisikan, jika anda memilih untuk refund.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi kami di talian 90230044 / 89121169 atau reply email ini.
Kami mohon maaf atas segala kekurangan kami. Kami yakin segala perkara ini berlaku ada hikmah & ganjaran yang besar bagi mereka yang bersabar serta redha dengan keputusan Allah s.w.t.
Sekian.
Terima kasih.
W’salam,
Pengurusan Badal Haji, Singapura
1 Julai 2023