Badal Haji 2026

OFFICIAL NOTICE
From Pengurusan Badal Haji Singapura

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

We would like to inform the public that Pengurusan Badal Haji Singapura will not be offering Badal Haji services for Hajj 2026 / 1447H.

This decision is made following the latest regulations and enforcement measures introduced by the Kingdom of Saudi Arabia regarding Hajj management and permits.

According to the Saudi Ministry of Hajj and Umrah:

  • There is no separate visa or permit category for Badal Haji.
  • Any individual performing Hajj on behalf of another person must enter Saudi Arabia as a regular Hajj pilgrim with a valid official Hajj permit.
  • Entry into Makkah during the Hajj season is strictly restricted to permit holders, authorised workers, and residents.
  • No person may perform Hajj without an official permit and authorised Hajj arrangements.

In addition, Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, President of Religious Affairs at the Grand Mosque and the Prophet’s Mosque, has affirmed that performing Hajj without an official permit contradicts the principles and objectives of Shariah.

He emphasised that the permit system was introduced to:

  • Protect the safety and welfare of pilgrims.
  • Ensure orderly and proper management of Hajj rituals.
  • Preserve the Islamic values of discipline, responsibility, and public safety.

Pilgrims are therefore strongly urged to comply with official regulations and authorised procedures to ensure a spiritually fulfilling, safe, and organised Hajj experience.

Furthermore, the Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) has issued an important advisory to the general public that:

“MUIS wishes to remind the public that all Haj-related services, including Haj and Haj Badal should be offered only through travel agents approved by MUIS. This is to safeguard the welfare of pilgrims and ensure that all arrangements meet the required standards and regulations.”

(Source: https://www.muis.gov.sg/haj/haj-2026-1447h/)

In view of these regulations and advisories, we would like to urge the public to exercise caution when engaging any party or company offering Badal Haji services for this year.

We strongly encourage the public to:

  • Request clear proof of valid Hajj permits and official authorisation.
  • Request immediate full refund if can not proof valid Hajj permits via Nusuk Digital/Card.
  • Be cautious of unverified claims or unofficial arrangements that may not comply with Saudi regulations.
  • Avoid making payments without proper documentation and verification.

May Allah SWT ease the affairs of all intending pilgrims and accept the sincere intentions of those wishing to fulfil the obligation of Hajj on behalf of their loved ones.

Thank you for your understanding.

Pengurusan Badal Haji Singapura

KENYATAAN RASMI
Daripada Pengurusan Badal Haji Singapura

Assalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Dimaklumkan bahawa Pengurusan Badal Haji Singapura tidak menawarkan perkhidmatan Badal Haji bagi musim Haji 2026 / 1447H.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira peraturan serta penguatkuasaan terkini oleh Kerajaan Arab Saudi berkaitan pengurusan dan permit Haji.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi:

  • Tiada kategori visa atau permit khas untuk Badal Haji.
  • Individu yang melaksanakan Haji bagi pihak orang lain tetap perlu memasuki Arab Saudi sebagai jemaah Haji biasa dengan permit Haji rasmi yang sah.
  • Kemasukan ke Makkah sepanjang musim Haji adalah terhad hanya kepada pemegang permit Haji, penduduk yang dibenarkan, dan pekerja yang mendapat kebenaran rasmi.
  • Tiada individu dibenarkan menunaikan Haji tanpa permit rasmi dan urusan Haji yang sah.

Selain itu, Sheikh Dr. Abdul Rahman Al-Sudais, Presiden Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, turut menegaskan bahawa pelaksanaan Haji tanpa permit rasmi adalah bercanggah dengan prinsip serta maqasid Syariah.

Beliau menjelaskan bahawa sistem permit diwujudkan bagi:

  • Menjaga keselamatan dan kebajikan para jemaah.
  • Memastikan pengurusan ibadah Haji berjalan dengan teratur dan sempurna.
  • Memelihara nilai Islam seperti disiplin, tanggungjawab, dan keselamatan awam.

Para jemaah juga diseru supaya mematuhi segala peraturan serta garis panduan rasmi demi memastikan ibadah Haji dapat dilaksanakan dengan selamat, teratur, dan penuh keberkatan.

Di samping itu, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut mengeluarkan peringatan penting kepada masyarakat umum bahawa:

“MUIS wishes to remind the public that all Haj-related services, including Haj and Haj Badal should be offered only through travel agents approved by MUIS. This is to safeguard the welfare of pilgrims and ensure that all arrangements meet the required standards and regulations.”

(Sumber: https://www.muis.gov.sg/haj/haj-2026-1447h/)

Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan masyarakat agar berhati-hati sekiranya terdapat mana-mana pihak atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan Badal Haji bagi tahun ini.

Kami amat menggalakkan orang ramai untuk:

  • Meminta bukti permit Haji dan kebenaran rasmi yang sah.
  • Meminta dikembalikan bayaran penuh jika gagal membuktikan permit Haji melalui Nusuk.
  • Berwaspada terhadap tawaran atau dakwaan yang tidak dapat disahkan.
  • Tidak membuat pembayaran tanpa dokumen dan pengesahan rasmi yang lengkap.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan para tetamu-Nya serta menerima niat dan amal mereka yang ingin melaksanakan ibadah Haji bagi pihak insan tersayang.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Badal Haji Singapura